
KPKT anjur sesi libat urus inisiatif Belanjawan 2024 bersama pemegang taruh KPKT
PUTRAJAYA – Sesi libat urus Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini akan menekankan kepentingan melipat gandakan usaha dalam mempertingkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, sesi yang julung kali diadakan ini merupakan satu inisiatif bagi menjana idea-idea baharu daripada pemegang taruh bagi merangka Bajet 2024.
“Sesi libat urus ini merupakan platform tepat dan penting bagi KPKT untuk mendapatkan cadangan dan idea-idea baharu daripada para pemegang taruh bagi inisiatif Bajet 2024 yang akan dilaksanakan oleh KPKT agar ia dapat memenuhi ekspektasi rakyat,” kata Kor Ming ketika merasmikan Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama Pemegang Taruh KPKT, di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ketua Setiausaha, Datuk M. Noor Azman Taib, anggota pengurusan tertinggi kementerian serta ketua jabatan dan agensi.
Selain itu, seramai 243 pemegang taruh yang terdiri daripada pemain industri seperti syarikat pemaju perumahan, badan bukan kerajaan (NGO), dan juga persatuan yang mewakili komuniti dan pihak universiti turut hadir bagi memberikan input dalam dala sesi libat urus ini.
Penganjuran sesi ini dijangka akan dapat membantu kementerian meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








