BERITA SEMASA

SPL dimansuhkan mulai tahun hadapan – Fadhlina

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memansuhkan Sistem Pengurusan Latihan (SPL) mulai tahun hadapan.

Pemansuhan itu diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu hantaran ringkas di akaun Facebook miliknya, hari ini.

“KPM mansuhkan Sistem SPLKPM tahun hadapan. Sepenuh kepercayaan diberi kepada guru,” kata Fadhlina hantaran tersebut.

SPL merupakan portal dalam talian untuk guru dan pegawai KPM menguruskan maklumat latihan profesional, merekod Kredit Pembangunan Profesional (CPD), serta mengakses kursus dalam talian dan mendapatkan sijil digital.

Selain itu, ia turut berperanan sebagai pusat sehenti untuk pembelajaran kendiri dan pembangunan kerjaya dalam sektor pendidikan bagi menggantikan sistem lama seperti eSPLG/SPLG.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button