Polis kesan tiga lelaki disyaki terlibat serang wartawan sukan
KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan tiga lelaki kerana disyaki menyerang dan memukul wartawan sukan, Haresh Deol sehingga cedera dalam kejadian berhampiran Bangsar Village, di sini hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 4 petang tadi.
Beliau memberitahu, ketika kejadian, mangsa sedang sedang berjalan di kaki lima menghala ke Jalan Telawi.
“Kes terbabit melibatkan tiga suspek mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki yang merupakan wartawan sukan.
“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan (luka) pada bahagian muka, tangan dan badan kerana terjatuh semasa cuba menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kesemua suspek masih belum dikenal pasti, namun tindakan mengesan individu terlibat sedang dijalankan.
Katanya, pegawai penyiasat akan memohon Perintah OTI daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya esok bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan siasatan lanjut.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd. Adnan Alias di talian 0192162272.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















