BERITA SEMASALUAR NEGARA

Tiga maut dalam gempa bumi 5.7 Skala Richter landa Bangladesh

DHAKA – Sekurang-kurangnya tiga dilaporkan maut dalam gempa bumi berukuran 5.7 magnitud pada pukul 10.38 pagi waktu tempatan hari ini, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).

Kesan gegaran turut dirasai di beberapa negeri di timur India yang bersempadan dengan Bangladesh namun pihak berkuasa kedua-dua negara mengesahkan tiada laporan awal kerosakan besar setakat ini.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa dikenal pasti terletak di Narsingdi, kira-kira 40 kilometer dari Dhaka, ibu negara Bangladesh.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), mengesahkan pusat gempa terletak di Narsingdi, kira-kira 40 kilometer dari Dhaka.

Gegaran kuat itu mencetuskan panik apabila penduduk Dhaka bertempiaran keluar dari kediaman masing-masing selepas bangunan bergegar, manakala struktur binaan sementara dilapor runtuh.

“Saya tidak pernah merasai gegaran sekuat ini. Ketika berada di pejabat, perabot mula bergegar dan kami segera turun menggunakan tangga. Di luar, orang ramai sudah pun berkumpul,” kata seorang pekerja swasta, Sadman Sakib.

Media tempatan menyiarkan gambar penduduk mendukung anak kecil dan membantu warga emas menyelamatkan diri ketika gegaran berlaku.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button