JENAYAH & MAHKAMAH

Pembunuhan wanita, kanak-kanak bermotifkan dendam

BUKIT MERTAJAM – Polis tidak menolak kemungkinan dendam menjadi motif pembunuhan seorang wanita dan anak angkatnya di Kampung Sekolah Juru, di sini 18 Oktober lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, dapatan itu susulan penahanan suspek utama iaitu seorang lelaki Nepal berusia 35 tahun di Selangor pada 24 Oktober semasa melarikan diri daripada pihak berkuasa, lapor BERNAMA.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai siasatan setakat ini.

“Reman terhadap suspek utama akan tamat esok dan polis akan memohon perintah itu disambung bagi melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya, hari ini.

Azizee menambah, dua lagi lelaki Nepal termasuk abang kepada suspek utama akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas perintah reman ke atas mereka tamat esok.

Sebelum ini, media melaporkan Sariya Che Hin, 51, ditemukan maut di dapur manakala Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, di tingkat atas rumah sewa mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button