
Pertandingan tiga penjuru DUN Ampangan manfaatkan PN
SEREMBAN – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Ampangan, Muhammad Ghazali Zainal Abidin berkata, pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi itu akan meningkatkan peluangnya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai peluangnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.
“Benda ini bagus sebab satu pecah kepada dua. Undi PN ‘solid’,” katanya ketika ditemui dalam jelajah kempennya di sekitar Ampangan.
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan pertembungan antara bekas ahli PKR, Mohamad Rafie Ab Malek yang mempertahankan kerusi tersebut dan calon Pakatan Harapan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.
Muhammad Ghazali turut menambah, keyakinannya turut diperkuatkan lagi oleh ketidakpuasan hati akar umbi terhadap kerjasama di antara BN-PH.
“Sekarang lagi ramai orang sokong PN,” katanya, sambil mendakwa golongan muda di Ampangan kelihatan ‘suka’ apabila ternampak baju PN.
Untuk rekod, penyandang kerusi DUN berkenaan, Rafie bertanding di atas tiket bebas selepas PKR menggugurkannya sebagai calon dan digantikan dengan Tengku Zamrah yang juga ketua Wanita Seremban .
Pada PRU14, Rafie memenangi kerusi itu dengan kelebihan 1,360 undi, menewaskan pencabar daripada Barisan Nasional dan Pas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








