Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli manipulasi tarikh nikah
KUALA LUMPUR – Kemelut rumah tangga pasangan artis Uqasha Senrose dan Kamal Adli kian membarah selepas pelakon wanita itu mendakwa diperbodohkan suaminya.
Melalui hantaran terbaharu di Instagram (IG), Uqasha mendakwa tarikh pernikahan mereka dimanipulasi.
Dakwa Uqasha, tarikh pernikahan yang tertera pada sijil pernikahan adalah pada 4 November 2021 jam 9.30 malam namun sebenarnya dia dinikahkan pada 5 November 2021, iaitu jam 9 pagi.
“Allah Maha Besar, masya-Allah satu lagi (permasalahan). Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 pukul 9 pagi.
“Tetapi pada sijil nikah aku dinikahkan ada 4 November 2021 pada jam 9.30 malam. Allahuakhbar, adakah sah perkahwinan ini?
“Tanpa pengetahuan bakal isteri? Sah ke? Cukup ke syarat sah kahwin?
“Selama ini aku diperbodohkan seluruh keluarganya dan bapa saya dimanipulasikan si dia (Kamal) serta keluarga untuk kata saha sebab sudah ada wali.
“Ustaz dan ustazah mohon tolong saya,” katanya.
Pagi tadi, Uqasha mengejutkan peminat apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, untuk prosiding pertama kes perceraian dengan Kamal.
Mahkamah kemudian menetapkan 28 Oktober ini bagi prosiding kedua bagi perceraian pasangan selebriti Uqasha dan Kamal.
Bagaimanapun, pada prosiding hari ini, Kamal tidak hadir difahamkan atas alasan menjalani penggambaran.
April lalu, Kamal dan Uqasha menjadi bualan selepas tersebar spekulasi yang mendakwa rumah tangga mereka di ambang kehancuran.
Pasangan ini dilapor bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





