23 pekerja sesak nafas dalam kebocoran bahan kimia di Bandar Proton
TANJUNG MALIM – Seramai 23 pekerja sebuah kilang di Bandar Proton di sini, mengalami sesak nafas dan pedih mata selepas terhidu bahan kimia berbahaya jenis isosianat dalam satu insiden kebocoran yang berlaku semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintendan Suhaimi Muhamad berkata, kejadian berlaku ketika kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 45 tahun sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di premis berkenaan.
“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim turut dikerahkan ke lokasi bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta nyah cemar bahan kimia,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Beliau berkata, keadaan kini terkawal dan tiada ancaman lanjut terhadap keselamatan awam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









