PN umum senarai calon PRN Selangor Rabu ini
TANJONG KARANG – Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Rabu ini.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, majlis pengumuman kesemua calon bagi 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan diadakan di Taman Medan, Petaling Jaya, pada kira-kira pukul 8 malam.
Beliau menambah, semua agihan kerusi antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sudah dimuktamadkan sepenuhnya.
“Senarai semua calon bertanding di Selangor akan diumumkan oleh Pengerusi PN Negeri, (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Tanjong Karang, malam tadi.
“Kita terlebih dulu akan mengumumkan nama calon dan perkara berkaitan pada Rabu ini dan soal itu (poster boy) kita tunggu dulu,” katanya lagi.
Mengenai calon-calon bagi lima lagi negeri yang mengadakan PRN, Hamzah berkata pengumuman akan dibuat oleh Pengerusi PN negeri masing-masing.
Sebelum ini, media melaporkan, pengagihan kerusi pada PRN Selangor menyaksikan Bersatu bakal bertanding di 31 kerusi, Pas (18) Gerakan (6) dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) satu kerusi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














