LUAR NEGARA
Mufti Besar Arab Saudi meninggal dunia
RIYADH – Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh meninggal dunia, hari ini.
Pemergian Allahyarham dimaklumkan Balai Diraja dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Kerajaan Arab Saudi dan dunia Islam telah kehilangan seorang ulama terkemuka yang banyak menyumbang dalam perkhidmatan ilmu, Islam dan umat Islam,” menurut kenyataan itu yang disiarkan oleh Agensi Berita Arab Saudi.
Allahyarham mula menyandang jawatan itu sejak 1999.
Solat jenazah akan diadakan di ibu negara Riyadh dan di masjid-masjid lain di seluruh negara, hari ini, tambah kenyataan berkenaan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















