BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak 12 tahun maut dibaham buaya di Sungai Empila

KUCHING – Tragedi membabitkan serangan buaya sekali lagi menggemparkan penduduk bahagian Samarahan dekat sini apabila seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham reptilia itu ketika menjala di Sungai Kampung Empila, pagi tadi.

Mangsa, Arif Fahmi Aiman Mohd Tinggal, 12, disambar haiwan pemangsa berkenaan sekitar jam 7.30 pagi ketika berada seorang diri di atas perahu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.53 pagi sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi.

Keterangan saksi yang berada tidak jauh dari perahu mangsa mendakwa dia terdengar jeritan kuat sebelum menyedari kanak-kanak itu hilang dari pandangan.

Usaha awal mencari mangsa dilakukan saksi terbabit sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.

“Pencarian anggota bomba akhirnya menemui mayat mangsa kira-kira 10 meter dari lokasi terakhir dia dilihat. “Pemeriksaan mendapati terdapat kesan gigitan buaya pada badan dan dada mangsa,” kata jurucakap JBPM.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa, Ahmad Alzadkhri Sudin, 32, yang dipercayai turut menjadi korban serangan buaya ketika menjala udang di Kampung Lubok Punggor, Samarahan pada Isnin lalu, masih diteruskan hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button