LUAR NEGARA

PM sementara Nepal ikrar penuhi tuntutan penunjuk perasaan

KATHMANDU – Perdana Menteri sementara Nepal, Sushila Karki berikrar memenuhi tuntutan penunjuk perasaan dalam menghapuskan gejala rasuah di negara berkenaan.

Beliau turut memberitahu rakyat Nepal bahawa dia dan kerajaan sementara tidak akan memegang tampuk pemerintahan lebih daripada enam bulan dengan pilihan raya dijadualkan pada 5 Mac 2026, lapor Reuters.

“Kita perlu bekerja mengikut pemikiran Gen Z. Apa yang kumpulan ini tuntut ialah pengakhiran rasuah, tadbir urus yang baik dan kesaksamaan ekonomi.

“Anda dan saya perlu berazam untuk melaksanakannya,” kata bekas ketua hakim berusia 73 tahun itu dalam komen awam pertamanya sejak memegang jawatan tersebut, Jumaat lalu.

Pelantikan Karki dibuat selepas rundingan antara Ketua Tentera, Jeneral Ashok Raj Sigdel dan Presiden Ram Chandra Paudel, dengan wakil “Gen Z”.

Beribu-ribu aktivis muda telah menggunakan aplikasi Discord untuk menamakan Karki sebagai pemimpin pilihan mereka.

Demonstrasi berdarah minggu lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 72 orang manakala 191 cedera sepanjang dua hari protes diadakan.

Ia adalah pergolakan paling teruk sejak berakhirnya perang saudara selama sedekad dan pemansuhan monarki pada 2008.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button