Khaled ucap takziah kepada keluarga prebet Muhammad Irfan Haiqal
KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota tentera yang ditemukan meninggal dunia ketika menjalankan operasi di Pulau Mataking, Semporna, Sabah, kelmarin.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut mendoakan agar keluarga Allahyarham Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20, diberikan kekuatan menghadapi dugaan berkenaan.
“Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan semalam.
Allahyarham Muhammad Irfan Haiqal yang juga anggota Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) dilaporkan hilang sebelum ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kelmarin selepas bantuan perubatan diberikan.
Menurut kenyataan Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2, seorang lagi anggota, iaitu Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27, masih belum ditemui.
Kedua-dua anggota terbabit sedang melaksanakan Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 di Pulau Mataking sebelum dilaporkan hilang.
Kejadian dipercayai berpunca akibat insiden lemas, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.
Operasi mencari dan menyelamat juga sedang giat dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pasukan sahabat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















