Politik

Muda umum empat calon PRN Selangor

CYBERJAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini mengumumkan empat calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada bulan depan.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, empat calon tersebut merupakan antara kategori kumpulan pertama yang dipilih untuk mewakili Muda dalam PRN Selangor.

Calon tersebut ialah Setiausaha Agung Muda, Amir Hadi yang dipilih sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N29 Seri Serdang, diikuti Cheda Razak (N41 Batu Tiga), Thanusha Ramanieswaran (N48 Sentosa) dan Melanie Ting (N19 Bukit Antarabangsa).

Kata Syed Saddiq, pihaknya dijangka akan memuktamadkan senarai semua calon bagi PRN di kesemua enam buah negeri pada minggu depan.

“Kami berharap supaya rakyat memberikan peluang kepada mereka untuk berkhidmat supaya kita dapat menggerakkan Malaysia ke depan,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman calon Muda yang disiarkan secara secara langsung di media sosial, hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button