BERITA SEMASADALAM NEGERI

Kes buli murid hidap kanser: Fadhlina mahu siasatan telus, adil

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menggesa siasatan terhadap kes buli membabitkan seorang murid di Johor dipercepatkan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil segera.

Beliau menegaskan, Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius kejadian tersebut dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku buli di institusi pendidikan di bawah seliaannya.

“Kes ini perlu ditangani secara adil serta telus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Terdahulu, seorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia 10 tahun yang menghidap kanser hidung mengalami gegaran otak selepas menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama pada Februari lalu.

Dalam pada itu, Fadhlina memaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menziarahi murid berkenaan yang kini menerima rawatan di hospital.

“Saya berdoa agar anak ini segera diberi kesembuhan,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button