HIBURAN

Amy Search hantar LOD kepada Shila Amzah

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Datuk Amy Search telah menghantar notis tuntutan (LOD) menerusi peguamnya kepada penyanyi, Shila Amzah susulan kontroversi yang membabitkan mereka.

Memetik laporan Harian Metro, bagaimanapun, peguamnya, Datuk M Reza Hassan belum berkongsi butiran lanjutan LOD berkenaan.

M Reza ketika dihubungi Harian Metro berkata, peguam Shila juga sudah maklum dan meminta waktu bagi tindakan lanjut.

“Kami baru hantar LOD, tapi mereka minta waktu untuk mendapatkan arahan lanjut daripada Shila. Saya tak boleh nak kongsi lagi. Kita tengok macam mana nanti,” katanya.

Sebelum ini, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, membuat laporan polis selepas mendakwa seorang penyanyi legenda menyerangnya dia sebuah acara disertai mereka berdua, baru-baru ini.

Laporan dibuat pada 10 Julai lalu dan penyanyi lagu Patah Seribu itu turut mengesahkan Amy yang juga bapa kepada pelakon, Nabila Huda adalah individu dimaksudkan.

Susulan itu, polis sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak.

Berdasarkan siasatan awal, punca ketegangan itu disebabkan Amy tidak berpuas hati kerana Shila didakwa mencampuri urusan keluarganya.

Kes itu berlanjutan apabila Amy pula tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 16 Julai lalu dan ia disahkan M Reza

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button