HIBURAN

Bella Astillah trauma sampaikan anugerah kepada Sophia Albarakbah

KUALA LUMPUR – Momen penyampaian anugerah oleh penyanyi dan pelakon, Bella Astillah kepada pelakon Sophia Albarakbah mencetuskan perhatian ramai selepas didakwa berlaku dalam keadaan trauma, susulan sejarah hubungan Sophia yang pernah dikaitkan dengan bekas suami Bella, Aliff Aziz.

Insiden tersebut mencuri tumpuan apabila pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq mendedahkan menerusi Instagram Story bahawa penyampaian anugerah itu bukan sesuatu yang mudah buat Bella, apatah lagi melibatkan individu yang pernah dikaitkan dengan kemelut rumah tangganya.

Status yang dimuat naik pembantu peribadi Bella di laman Instagram beliau.

“Kawan terdekat je tahu apa dia ni buat kat hidup Bella dulu. Itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah, tapi tadi jadi macam tu mungkin pada orang yang dah memberi trauma pada hidup dia.

“Dia gigil sebab dia trauma. Dia je pernah nampak apa yang orang tak tahu sehingga hari ni. Sebab Bella selalu pesan pada kami, yang penting Allah tahu,” tulis Niel.

Beliau turut menggambarkan Bella sebagai seorang yang sabar dan yakin bahawa ganjaran Tuhan akan hadir kepada mereka yang tabah.

“Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar,” tambahnya bersama tanda pagar #janganbuatinnocent.

Kejadian itu turut mengundang simpati dalam kalangan peminat, malah segelintir netizen mengecam stesen penyiaran yang didakwa tidak sensitif terhadap latar belakang sejarah peribadi Bella.

“Memang tak patut penganjur buat begitu. Profesional macam mana pun seseorang itu, kalau dah pernah ‘terkena’ sila hormati,” komen Noorzuraidah Samaon.

“Bella hebat masih mampu senyum berhadapan dengan orang yang dah buat dia. Terbaik Bella,” tulis Sha Qiha Sofea Aqila pula.

Untuk rekod, perkahwinan Bella dan Aliff pernah dilanda pelbagai kontroversi, khususnya pada tahun 2023 apabila Aliff dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan Sophia selepas mereka digandingkan dalam sebuah drama.

Spekulasi itu mencetuskan ketegangan dalam rumah tangga mereka sebelum pasangan itu akhirnya bercerai pada 13 Jun 2024 sekali gus meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada Bella.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button