Pengerusi Tamiya meninggal dunia
TOKYO – Pembuat kereta kawalan jauh dan model mini 4WD, Tamiya Corporation semalam mengumumkan pengerusinya, Shunsaku Tamiya meninggal dunia Jumaat lepas.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, jasa mendiang dalam mengangkat profil global syarikat mainan yang berpangkalan di Shizuoka itu akan sentiasa dikenang.
“Pihak syarikat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan yang diberikan sepanjang hayat mendiang.
“Majlis pengebumian mendiang telah diadakan secara tertutup oleh ahli keluarga terdekat, dan syarikat merancang untuk mengadakan majlis memperingati mendiang,” kata kenyataan itu, semalam.
Mendiang, 90, merupakan anak jati Shizuoka dan telah lama berkhidmat sebagai presiden syarikat dan memainkan peranan besar dalam mengangkat nama kampung halamannya dalam industri model plastik menerusi penyertaan dalam pameran perdagangan dan hobi.
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Waseda, Tokyo pada tahun 1958, mendiang menyertai Tamiya Shoji & Co., yang ketika itu dikendalikan oleh bapanya, Yoshio.
Mendiang kemudiannya dilantik sebagai presiden syarikat pada tahun 1984 dan menjadi pengerusi pada tahun 2008.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








