Bekas KP Bahagian Penyelidikan Unit Perisikan Luar JPM meninggal dunia
CYBERJAYA – Bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Unit Perisikan Luar di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Hasanah Abdul Hamid dilaporkan meninggal dunia pada pukul 1.22 petang tadi setelah bertarung dengan penyakit kanser sebelum ini.
Menurut Sinar Harian, perkara itu disahkan oleh peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang pernah mewakilinya dalam satu kes mahkamah sebelum ini.
Menurut Mohd Khairul, jenazah Hasanah yang meninggal dunia pada usia 66 tahun bakal dibawa ke Surau Al Ikhwan, Desa Pinggiran Putra untuk dimandikan pada jam 3 petang.
“Upacara pengebumian dijangka diadakan di Pusara Taman Raudhatul Jannah pada tempoh waktu selepas solat Asar.
“Maklumat lanjut mengenai keadaan penyakit dihadapi Allahyarham Datuk, saya tidak tahu,” katanya dalam satu mesej aplikasi WhatsApp ringkas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








