BERITA SEMASA

Shabery Cheek diumum Pengerusi Felda baharu

CYBERJAYA – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Felda yang baharu, berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Menurut Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam satu kenyataan, pelantikan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu diharap dapat meneruskan kesinambungan usaha transformasi yang telah berjalan selama ini demi kemaslahatan warga peneroka serta generasi baharu Felda.

“Felda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Idris Jusoh yang menamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Felda pada 30 Jun 2023.

“Sepanjang tiga tahun perkhidmatan, Tan Sri telah mengangkat Felda kembali gemilang dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh agensi ini serta warga peneroka Felda,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Idris telah menumumkan pengunduran dirinya sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa 30 Jun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button