Pemandu 4×4 himpit kenderaan dakwa bergegas mahu bawa ibu ke hospital
KLANG – Pemandu sebuah kenderaan 4×4 yang menghimpit kereta lain di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara pada Khamis lalu mendakwa sedang bergegas pulang untuk membawa ibunya yang jatuh ke hospital.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, suspek telah tampil untuk membuat laporan bersama peguamnya.
“Lelaki berusia 29 tahun itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira jam 10 malam semalam.
“Suspek memberitahu dia tergesa-gesa ketika kejadian kerana baru menerima panggilan memaklumkan ibunya terjatuh di rumah lalu bergegas pulang untuk membawa wanita itu ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, suspek kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibawa menjalani ujian air kencing.
“Hasil ujian mendapati suspek negatif daripada sebarang pengambilan dadah dan telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 3 pagi hari ini,” katanya.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes kini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, media sebelum ini melaporkan pihak polis sedang mengesan pemandu pikap terbabit selepas insiden itu tular dalam keadaan lalu lintas yang sesak pada Khamis.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
