BERITA SEMASAHIBURANJENAYAH & MAHKAMAH

Rasa tak puas hati campur urusan keluarga punca Shila Amzah ‘diserang’ – Polis KL

KUALA LUMPUR – Polis KL sudah merakam percakapan empat individu termasuk suspek kejadian di mana penyanyi Shila Amzah dipercayai diserang secara verbal, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, insiden tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga, lapor BH Online.

“Suspek yang terbabit dalam kejadian ini juga sudah dirakam keterangan.

“Siasatan kita mendapati punca kejadian ini adalah rasa tidak puas hati suspek terhadap pengadu yang mencampuri masalah keluarganya,” katanya dalam laporan itu, hari ini.

Beliau turut mengesahkan, tiada laporan tambahan diterima daripada mana-mana pihak lain selain laporan oleh pengadu berkaitan insiden ini.

Terdahulu, laporan media menyebut Shila mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis bertaraf legenda ketika sesi latihan bagi sebuah konsert.

Susulan kejadian, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah membuat satu laporan polis kira-kira pukul 5.31 petang, Khamis lalu.

Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button