Ibu pejabat PN di KL ditutup selepas tempoh sewa tamat – Azmin
KUALA LUMPUR – Ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) di Solaris Dutamas di sini ditutup kerana perjanjian penyewaan premis itu tamat April lalu.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perjanjian penyewaan selama dua tahun itu tidak dilanjutkan atas persetujuan bersama antara pemilik dan penyewa.
“Perkara ini sudah dimaklumkan dan mendapat persetujuan pimpinan tertinggi PN,” kata Azmin menerusi satu kenyataan, malam tadi.

Terdahulu, penutupan ibu pejabat itu sejak Mac dimaklumkan menerusi satu laporan oleh sebuah portal berita (bukan Malaysia Tribune).
Laporan itu yang memetik sumber parti memberitahu, PN berhenti membayar sewa pejabat yang sebelum ini menjadi lokasi mesyuarat majlis tertinggi gabungan politik itu sejak ia ditubuhkan pada 2020.
Memetik laporan itu, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika ditanya mengenai perkara berkenaan meminta ia dirujuk kepada Setiausaha Agung gabungan berkenaan.
Mohamed Azmin dalam pada itu menyifatkan laporan berkenaan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
Katanya, pentadbiran dan urusan ibu pejabat PN ketika ini masih beroperasi seperti biasa di bawah kendalian pegawai dan kakitangan ibu pejabat di lokasi tidak rasmi sementara premis yang baharu sedang disiapkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








