Satu kematian Covid-19 direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-24
KUALA LUMPUR – Satu kes kematian akibat Covid-19 telah direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24), menjadikannya kematian pertama bagi tahun 2025.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, individu terbabit mempunyai komorbiditi serius seperti penyakit jantung dan diabetes serta tidak menerima dos penggalak kedua.
“Ini mencatatkan penurunan ketara berbanding 57 kes kematian pada tahun 2024. Kematian terakhir dilaporkan pada 26 Mei 2024,” menurut kenyataan itu.
KKM turut memaklumkan, pada ME24, enam kes Covid-19 telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kesemua individu yang dirawat di ICU adalah golongan rentan dengan komorbiditi seperti hipertensi, diabetes, dislipidemia, penyakit jantung dan Sindrom Down.
“Semua kes sedang menerima rawatan rapi dengan pemantauan daripada profesional kesihatan,” jelas KKM.
Sehingga kini, sebanyak 21,738 kes Covid-19 telah dilaporkan secara kumulatif dengan purata kes mingguan sekitar 900 kes.
Walaupun terdapat peningkatan kes pada ME24 dengan 3,379 kes berbanding 2,011 kes pada minggu sebelumnya berlaku 68 peratus peningkatan.
Situasi Covid-19 di negara ini kekal terkawal dan berada di bawah paras amaran kebangsaan, hasil pemantauan berterusan serta intervensi kesihatan awam yang berkesan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








