BERITA SEMASA

Kerajaan negeri Melaka galakkan pemakaian pelitup muka di tempat awam

MELAKA – Kerajaan negeri menggalakkan pemakaian pelitup muka di tempat awam termasuk di sekolah, terutama bagi mereka yang bergejala Covid-19 seperti saranan Kementerian Kesihatan (KKM).

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, langkah itu merupakan salah satu usaha mengekang penularan Covid-19 di negeri itu walaupun kes harian wabak berkenaan dilaporkan semakin berkurangan.

“Melaka akan mengikuti saranan, garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan atau dikeluarkan KKM sekiranya ada, dan setakat ini pemakaian pelitup muka di tempat awam hanya disarankan, bukan diwajibkan.

“Namun sekiranya dalam masa terdekat, pemakaian pelitup muka diwajibkan, maka kita akan mengikuti SOP itu,” kata Hee Sem ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

KKM sebelum ini mengesyorkan pemakaian pelitup muka dilaksanakan semula di semua sekolah berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes Covid-19, selain penularan varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button