BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

SPRM tahan reman empat individu, sita aset RM8 juta

MELAKA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dipercayai terlibat dalam penyelewengan dana pertubuhan berkenaan.

Menurut kenyataan SPRM, dua lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan 30-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

“Kesemua mereka ditahan antara pukul 4 petang hingga 7 malam, semalam.

“Perintah reman selama tujuh hari sehingga 18 Jun dikeluarkan oleh Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin di Mahkamah Majistret 3, Kompleks Mahkamah Melaka pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, mengesahkan tangkapan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bersubahat dengan pengerusi NGO terbabit dalam menyalahgunakan kuasa serta menyeleweng dana bagi kepentingan peribadi antara tahun 2015 hingga 2025.

“Susulan penahanan itu, SPRM menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM900,000 dan membekukan 14 akaun bank lapan milik individu dan enam milik syarikat yang dianggarkan bernilai sekitar RM5 juta.

“Turut disita ialah barangan kemas, sembilan lot tanah di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor, serta empat unit kediaman di Melaka,” jelasnya.

SPRM menegaskan usaha membanteras penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana awam akan terus diperkukuh dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button