BERITA SEMASADALAM NEGERI

Nahas UPSI: Sebahagian mangsa masih kritikal, dirawat di hospital

KUALA LUMPUR – Sebahagian mangsa tragedi kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang dirawat di Hospital Gerik, Perak dikatakan berada dalam keadaan kritikal.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan laporan awal seramai 15 nyawa terkorban, manakala puluhan lagi cedera dalam kemalangan itu.

“Sebahagiannya dilaporkan kritikal. Kementerian Kesihatan akan terus memantau rapat situasi ini dan memberi sokongan sewajarnya,” kata beliau menerusi satu hantaran di Facebook.

Dr. Dzulkefly turut bersedih dengan kejadian tersebut dan merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa selain mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang terlibat.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa serta doa agar mereka yang sedang dirawat diberi kesembuhan dan kekuatan.

“Terima kasih kepada petugas kesihatan Hospital Gerik dan semua pasukan yang bertungkus-lumus memberi rawatan kecemasan,” ujar beliau.

BACA : Zambry ucap takziah kemalangan bas UPSI

Terdahulu, media melaporkan sebuah bas sewa khas yang membawa sekumpulan pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terlibat kemalangan berhampiran Tasik Banding, di Gerik pada pukul 1 pagi tadi.

Setakat ini, nahas tersebut mengorbankan 14 nyawa pelajar dan seorang kelindas bas.

Siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkuasa untuk mengetahui punca kemalangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button