BERITA SEMASAPOLITIK

PRK Ayer Kuning: BN dahului PN dalam undi awal

TAPAH – Barisan Nasional (BN) menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mendahului Perikatan Nasional (PN) dalam pengiraan awal undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di sini hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di laman Facebook beliau.

Setakat ini, berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN mendahului dengan majoriti keseluruhan 359 undi selepas kiraan undi awal dan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Raya.

Bagi undi awal melibatkan tiga daripada empat saluran, BN memperoleh 389 undi, manakala PN sekadar meraih 63 undi, memberikan kelebihan majoriti 325 undi kepada BN.

Sementara itu, di PDM Kampung Raya, BN turut mencatat kemenangan dengan 91 undi, berbanding 58 undi yang diterima PN, sekali gus menambah majoriti sebanyak 33 undi lagi.

Keputusan penuh PRK Ayer Kuning dijangka diumumkan selepas semua pusat mengundi ditutup dan pengiraan undi selesai malam ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button