BERITA SEMASADALAM NEGERI

Final Piala Malaysia & Konsert Amy: Operasi LRT Bukit Jalil dilanjutkan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan hingga jam 12.30 tengah malam ini bagi menampung pertambahan pengguna susulan Perlawanan Akhir Piala Malaysia dan Konsert Solo Pertama Amy Search.

Rapid Rail Sdn Bhd berkata, pihaknya juga akan melanjutkan operasi stesen-stesen sambungan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.

Rapid Rail turut menasihatkan orang ramai menggunakan kad Touch ‘n Go bagi melancarkan perjalanan.

Pertandingan Final Piala Malaysia antara pasukan JDT dengan Sri Pahang FC bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 9 malam ini.

Sementara itu, Konset Solo Amy juga diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.

Pertembungan dua acara itu dijangka menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk di beberapa laluan masuk ke kawasan berkenaan.

Notis pemberitahuan lanjutan waktu operasi LRT Bukit Jalil oleh Rapid Rail di Facebooknya hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button