Kerjasama KPDN, JAKIM pastikan tiada produk Indonesia mengandungi DNA babi dalam pasaran
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan produk makanan Indonesia yang didapati mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi tidak berada dalam pasaran negara.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan JAKIM mengenai isu itu.
“Sebaik kita dapat maklumat terbabit, kita ada perbincangan dengan JAKIM untuk memastikan produk berkenaan dapat dikeluarkan segera dari pasaran kita”Jadi kita akan bekerjasama dengan JAKIM dan agensi agama peringkat negeri, bersandarkan pengumuman dibuat badan halal Indonesia, kita akan ambil tindakan segera,” katanya.
Armizan berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri KPDN, di sini, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








