BERITA SEMASASUKAN

Malaysia-Jepun perkukuh kerjasama menjelang Sukan SEA 2027

PUTRAJAYA – Malaysia menyatakan hasrat untuk meneroka kerjasama dengan Jepun dalam pembangunan industri sukan dan atlet, kejurulatihan khusus serta pelaksanaan inisiatif hijau sempena penganjuran Sukan SEA 2027 akan datang.

Perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuan antara Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Noriyuki Shikata baru-baru ini.

Menurut Hannah, perbincangan itu turut mengukuhkan kerjasama sedia ada antara Malaysia dan Jepun dalam memajukan pembangunan belia dan sukan, dengan memberi penekanan kepada kerjasama yang inklusif dan mampan.

Hannah berkata, beliau telah mengetengahkan peluang untuk kerajaan Jepun berkongsi kepakaran dalam latihan belia berkeperluan khas serta memperkasa belia dalam aspek pengurusan krisis dan bencana, sebagai langkah penting membina generasi yang berdaya tahan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada TYT Shikata dan delegasi Jepun atas sokongan berterusan mereka. Bersama-sama, kita dapat memacu kemajuan yang bermakna untuk ekosistem belia dan sukan Malaysia,” kata Hannah dalam satu kenyataan hari ini.

Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Dr. Ts. Nagulendran Kangayatkarasu dan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa KBS, Ahmad Faedzal Md Ramli.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button