BERITA SEMASA

MCMC Kelantan anjur Hari Bersama Komuniti galak penggunaan internet bijak, transaksi digital

GUA MUSANG – Program Hari Bersama Komuniti anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Kelantan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bertam, di sini baru-baru ini memberi pendedahan kepada masyarakat menggunakan Internet secara bijak dan selamat.

Foto ihsan FB MCMC

Program itu menekankan kesedaran terhadap risiko penyalahgunaan media sosial seperti penipuan, buli siber dan ancaman keselamatan dalam talian.

MCMC berkata, program bertujuan membekalkan pengetahuan kepada penduduk agar mereka lebih berwaspada serta mengelakkan diri daripada menjadi mangsa aktiviti yang tidak beretika di dalam talian.

“Inisiatif itu turut menggalakkan komuniti setempat dan peniaga untuk memanfaatkan teknologi transaksi tanpa tunai, termasuk e-dompet, DuitNow, kod QR dan kad debit/kredit.

“Usaha itu adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk merancakkan ekonomi komuniti melalui digitalisasi,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Turut disediakan, pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung yang hadir untuk memeriksa tahap kesihatan diri.

Antara agensi dan syarikat yang turut serta bagi menjayakan program ini ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), RHB Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Islam dan TM Unifi.

Inisiatif itu mendapat sambutan yang baik dan diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber serta memperkukuhkan ekonomi digital di kalangan komuniti Gua Musang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button