Jenayah & Mahkamah

Satu lagi kejadian buli dilaporkan di UPNM

Mangsa dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk, tulang belakang

KUALA LUMPUR – Satu lagi kejadian buli dilaporkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membabitkan pelatih Tahun Satu.

Difahamkan, kejadian itu dilaporkan pada 21 Oktober lalu, iaitu sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap seterika oleh pelajar tahun empat.

Dalam kejadian ini, difahamkan mangsa mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.

“Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga.

“Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button