Berita SemasaPM X

PM selamat tiba di Shanghai sempena lawatan kerja empat hari

SHANGHAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Shanghai, dalam rangka lawatan kerja beliau ke China selama empat hari hingga Khamis ini.

Perdana Menteri berkata, beliau dan delegasi Malaysia telah selamat tiba di Shanghai malam tadi sempena lawatan kerja di Republik Rakyat China atas undangan rakan sejawat dan sahabatnya, Premier Li Qiang.

“Insya-Allah, saya akan mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) selaku Country of Honourz

“Di samping itu, saya akan mengadakan pertemuan dengan pelabur-pelabur berpotensi China sepanjang berada di Shanghai,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau juga bakal memanfaatkan lawatan tersebut bagi memperkukuh hubungan diplomatik dan persahabatan Malaysia-China.

“Lawatan kerja ini juga akan saya gunakan untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan persahabatan Malaysia-China yang mencecah usia 50 tahun, terutama menerusi pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dan Premier Li,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button