BERITA SEMASA

RUU keselamatan dalam talian akan digubal tangani buli siber – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian akan digubal bagi mengekang ancaman buli siber yang semakin membimbangkan.

Usaha itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan keselamatan, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

“Negara-negara yang dahulunya menekankan kebebasan tanpa batas kini telah mengambil langkah untuk mengawal keterlanjuran, termasuk isu yang menyebabkan kematian melalui aplikasi media sosial,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa ancaman siber semakin menggugat kehidupan bermasyarakat, dengan isu-isu seperti penipuan dalam talian, pornografi kanak-kanak, dan pembulian siber yang mengakibatkan kehilangan nyawa perlu ditangani segera.

“Portal Fraud Kebangsaan telah dilancarkan sebagai langkah untuk memerangi penipuan dalam talian. Portal itu mempermudah pengesanan transaksi yang mencurigakan secara automatik,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button