BERITA SEMASA

PM arah KPM, KKM kaji isu malnutrisi libatkan kanak-kanak

PUTRAJAYA – Kementerian Penddidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) diarahkan untuk mengkaji dan meneliti masalah beban berganda malnutrisi melibatkan kanak-kanak di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet yang diadaakan pada hari ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, isu berkenaan akan diteliti sebelum pengumuman penuh mengenai Pelan Strategik Kebangsaan memerangi masalah beban berganda malnutrisi kanak-kanak.

“Jemaah menteri ada menerima laporan terkini mengenai usaha-usaha dan pelan strategik tapi ada beberapa perkara diminta oleh Perdana Menteri untuk diteliti sebelum pengumuman penuh mengenai Pelan Strategik Kebangsaan memerangi masalah beban berganda malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri mesyuarat Kabinet hari ini.

Tambah Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, terdapat beberapa usaha yang telah dijalankan sebelum ini bagi mengatasi masalah malnutrisi seperti rancangan makanan tambahan (RMT).

“Ada juga dibangkitkan mengenai sesi persekolahan yang berbeza di sebelah pagi dan petang, maka bukan hanya sekadar melihat satu sesi tetapi kita ingin melihat secara menyeluruh

“Perkara ini merupakan perkara yang sangat penting dan dekat dengan Perdana Menteri dan kita harap menjelang sidang Parlimen kali ini, kita dapat beberapa perkembangan yang positif khusus berkait menguruskan isu masalah malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button