Berita Semasa

Warna anak ayam tidak termasuk kategori penganiayaan

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjelaskan tindakan mewarnakan anak ayam tidak termasuk dalam perbuatan yang dikategorikan sebagai penganiayaan terhadap haiwan.

Menurutnya dalam satu kenyataan, ia selagi warna serta kaedah pewarnaan tidak membahayakan, memudaratkan, menyakitkan dan menyebabkan penderitaan kepada haiwan berkenaan.

Jelasnya, perkara itu termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

“DVS turut menempatkan pegawai kebajikan haiwan bagi membuat pemantauan dari aspek kebajikan semua haiwan yang terlibat dalam MAHA 2024 yang berlangsung dari 11 hingga 22 September ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu tular di aplikasi Tiktok yang mendakwa haiwan diseksa secara terbuka di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Menurut DVS pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas anak-anak ayam berkenaan dan mendapati ia berada dalam keadaan yang baik serta tidak menunjukkan sebarang tanda sakit atau menderita.

Kenyataan itu memaklumkan pihak pempamer telah mematuhi semua keperluan kebajikan haiwan dan menasihatkan semua pihak agar membuat rujukan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa veterinar sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat serta mengundang provokasi.

Show More

Related Articles

Back to top button