HIBURAN

Johan enggan komen isu KJ persenda PM di stesen radio Hot FM

KUALA LUMPUR – Penyampai radio Hot FM, Mohammad Yazid Lim Mohd. Aziz enggan mengulas mengenai video tular yang didakwa mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Mohammad Yazid atau lebih dikenali sebagai Johan, adalah lebih baik perkara itu dijawab oleh pihak pengurusan Hot FM sendiri.

“Saya hanya bekerja. Seharusnya isu itu pihak pengurusan yang jawab dan hanya menjalankan tugas sebagai penyampai untuk hiburkan pendengar.

“Saya sendiri pun tidak terfikir sampai ke situ kerana saya buat untuk diri saya dan pendengar. Selebihnya biar pihak radio yang menjawab perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video yang dikongsikan mStar di laman Facebook selepas majlis tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Baik Punya Ah-Long yang berlangsung di GSC Mid Valley semalam.

Kelmarin, tular satu video dalam segmen Bekpes Hot yang memaparkan rakan penyampai iaitu Khairy Jamaluddin didakwa mempersendakan Perdana Menteri.

Menerusi rakaman berdurasi 38 saat itu, bekas Menteri Kesihatan itu dilihat mempromosikan dirinya untuk diundi sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36.

“Sedara-sedara, hari ini saya menang, esok kita makan ramai-ramai. Saya ulang” katanya.

Walau bagaimanapun, jenaka spontan itu menimbulkan rasa tidak puas orang ramai yang menyifatkan tindakannya itu seolah-olah mempermainkan kredibiliti dan imej Perdana Menteri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button