Berita Semasa

Kerajaan umum perubahan, penempatan baharu Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata, perubahan tersebut melibatkan 12 individu.

Menurut Shamsul Azri, perubahan ini dilaksanakan seiring dengan hasrat untuk melaksanakan Reformasi Perkhidmatan Awam yang menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam bagi mendepani era baharu Perkhidmatan Awam.

Jelas beliau, langkah itu juga diambil susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut merupakan senarai penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam:

1. Datuk Lokman Hakim Ali – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

2. Datu Seri Isham Ishak – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

3. Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan.

4. Datuk Seri Suriani Datuk Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan.

5. Datuk Ruji Ubi – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

6. Datuk Azman Mohd Yusoff – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

7. Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

8. Datuk Awang Nik Jeman – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

9. Datuk Abd Shukor Mahmood – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.

10. Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi – Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

11. Datuk Seri Azman Ibrahim – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

12. Muhammad Razman Abu Samah – Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Shamsul Azri berkata, perubahan ini juga adalah manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip taat setia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Madani.

Show More

Related Articles

Back to top button