BERITA SEMASA

Pelanggan didakwa bawa anjing, restoran mamak diarah tutup sementara

JOHOR BAHRU – Sebuah restoran mamak di Bandar Cemerlang, Ulu Tiram dekat sini diarahkan tutup sementara susulan tular dua individu membawa anjing peliharaan mereka sambil menikmati makanan di restoran berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, arajhan penutupan tersebut dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Katanya, pemilik restoran telah membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram menafikan dakwaan bahawa restoran itu membenarkan pelanggan membawa haiwan peliharaan.

“Kes ini telah dirujuk kepada pihak MBJB dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan satu notis penutupan restoran dikeluarkan bagi kerja-kerja pembersihan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dua hari lalu tular gambar di media sosial dua individu sedang menikmati makanan di restoran 24 jam itu pada waktu malam.

Turut dilihat dua ekor anjing dipercayai haiwan peliharaan mereka sedang duduk di atas kerusi disediakan restoran berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button