Politik
Pemuda UMNO lancar aplikasi Hey Pemuda
KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO hari ini melancarkan aplikasi mudah alih, Hey Pemuda bagi meningkatkan komunikasi dan memudahkan permohonan menjadi ahli baharu.
Aplikasi terserbut dilancarkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh ketika sidang sayap berkenaan di Pusat Dagangan Dunia KL (WTCKL), hari ini.
Selain mendapatkan maklumat terkini dan sahih, aplikasi tersebut juga akan memudahkan komunikasi dua hala di antara ahli dan pimpinan parti, di samping memudahkan permohonan keahlian dalam hanya beberapa klik sahaja.
Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Goole Play Store dan Apple App Store dalam masa terdekat.