Berita Semasa

Harga runcit diesel turun 5 sen

Harga RON95, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit diesel bagi Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan memaklumkan, penurunan ini seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.

Harga baharu ini kekal sehingga 14 Ogos depan.

“Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Ini merupakan kali pertama harga diesel di Semenanjung diturunkan selepas pelaksanaan penyasaran semula subsidi bahan bakar itu, yang berkuat kuasa 10 Jun lalu.

MOF berkata, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing dikekalkan pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter pada tempoh sama.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button