Berita Semasa

Kereta dihempap muatan tiang konkrit treler

SELAYANG – Sebuah kereta remuk selepas dihempap muatan lori treler dalam satu kemalangan di Jalan Kuching, di sini petang tadi.

Dalam kejadian tersebut, muatan tiang konkrit dibawa lori treler itu telah menghempap kereta jenis Proton Persona yang berada di sisinya.

Lori treler tersebut kelihatan terbabas ke penghadang jalan manakala kereta yang terlibat pula masih berada dalam keadaan menghala lurus di atas jalan raya.

Perspektif lain kemalangan yang berlaku di Jalan Kuching, Selayang, petang tadi.

Menjenguk ruang komen hantaran Asal Gombak, pengguna Facebook, Atan Noah mendakwa muatan lori tersebut tidak diikat sebarang tali keselamatan sepanjang perjalanannya di atas jalan.

“Dah agak dah dari Rawang tadi nampak lori ini memang tidak ikat apa-apa. Bergerak-gerak benda tu nampak tadi,” katanya.

Menurut laporan Astro Radio Traffic, kemalangan tersebut telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas bagi laluan dari Segambut menghala ke Sentul.

Selain itu, laluan kanan bagi kedua-kedua laluan yang bertentangan di sekitar kawasan kejadian turut dihalang akibat kemalangan itu.

Pada masa ini, keadaan mangsa dan punca sebenar kemalangan tersebut masih belum dikenal pasti.

Show More

Related Articles

Back to top button