
GP British: Ketegangan antara Norris, Verstappen semakin memuncak
LONDON – Ketegangan semakin memuncak antara Lando Norris dan Max Verstappen menjelang Grand Prix (GP) British di Litar Silverstone hujung minggu ini.
Dengan penyertaan tiga pemandu tempatan, bekas pemenang perlumbaan, dan empat pasukan yang telah meraih kemenangan sepanjang musim ini, GP British dijangka lebih kompetitif berbanding tahun lalu.
Perlumbaan kali ini akan melihat persaingan sengit antara pemandu McLaren, Norris, dan juara dunia tiga kali dari Red Bull, Verstappen, yang telah berentap hebat di GP Austria. Pertembungan ini memberi ruang kepada George Russell dari Mercedes untuk meraih kemenangan.
Russell dan rakan sepasukannya, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, yang memegang rekod lapan kemenangan di Silverstone, berharap dapat kembali memberikan saingan di litar ini. Verstappen juga pernah memenangi perlumbaan di Silverstone tahun lalu.
“Kami ada naik turun pada masa ini dan sentiasa berani untuk mempunyai impian. Apa pun boleh berlaku.” kata Russell
Walaupun Verstappen terus melebarkan kedudukan mata keseluruhan dengan 81 mata di hadapan Norris, gaya pemanduan dan sikapnya sering menjadi topik perbincangan.
Prinsipal pasukan McLaren, Andrea Stella, menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan mengatakan Verstappen terlalu diberikan kelonggaran di masa lalu, manakala Norris menuntut permohonan maaf daripada juara tersebut.
“Kami tahu pasukan mempunyai jentera yang laju dan mampu bersaing untuk kemenangan di setiap jenis litar. Ini memberi kami kegembiraan sepanjang musim.
“Berada di podium tahun lalu di Silverstone adalah sesuatu yang menakjubkan, tetapi kemenangan di perlumbaan laman sendiri tentunya akan meletakkan kita di tahap yang lebih baik.” kata Norris
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

