
Tom Morello umum video muzik dari album solo terbaru
LONDON – Tom Morello melancarkan video muzik pertama dari album solo terbarunya yang akan dipasarkan tidak lama lagi.
Pemain gitar terkenal ini telah melancarkan lagu epik “Soldier In The Army Of Love,” sebagai single utama dari album solo rock pertama beliau.
Morello berkata, lagu itu adalah penghormatan kepada kuasa transformasi muzik sebagai ramuan yang dapat menyembuhkan jiwa dan medium memperjuangkan keadilan.
“Lagu ini juga mempunyai garis keturunan rock’n’roll ,” katanya seperti yang di laporkan Kerrang!
Bekas gitaris kumpulan Rage Against The Machine dan juga Audioslave itu berkata, lagu di dalam album tersebut juga menampilkan rif paling berat yang dihasilkan anak lelakinya, Roman, 13.
“Ia memberi saya harapan bahawa ada generasi baru ‘askar dalam tentera cinta’ yang akan datang untuk menyelamatkan keadaan,” katanya lagi.
Morello atau nama sebenarnya Thomas Baptist Morello ialah seorang pemain gitar, penyanyi, penulis lagu dan aktivis politik di Amerika Syarikat.
Dia terkenal sebagai pemain gitar utama bersama kumpulan rock Rage Against the Machine dan Audioslave.
Selepas perpecahan kumpulan itu, Morello menganggotai Prophets of Rage antara 2016 sehingga 2019.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








