Berita SemasaPM X

Malaysia sedia bersama Indonesia hantar pasukan pengaman ke Palestin – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia dalam penghantaran pasukan pengaman ke Palestin sekiranya diberikan mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui perbualan telefonnya dengan Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo Subianto, Malaysia menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Republik itu dalam misi pengaman antarabangsa.

Anwar berkata, dalam perbualan dengan Prabowo yang juga Menteri Pertahanan Indonesia mengenai isu semasa, khususnya peranan Prabowo dalam mewakili Indonesia ke persada antarabangsa akhir-akhir ini dan membawa visi, kolaborasi serta keamanan serantau dan sejagat.

“Saya menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia, dan kolaborasi yang boleh diperluaskan ke peringkat serantau ASEAN.

“Menyentuh situasi kemanusiaan di Palestin, saya maklumkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama termasuk dalam aspek penugasan pasukan pengaman bersama Indonesia sekiranya diberi mandat oleh PBB,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau malam ini.

Anwar berkata, dalam perbualan bersama Prabowo yang juga Menteri Pertahanan Indonesia, beliau juga bertukar pandangan mengenai isu semasa, khususnya peranan Prabowo dalam mewakili Indonesia ke persada antarabangsa akhir-akhir ini dan membawa visi, kolaborasi serta keamanan serantau dan sejagat.

Pada kesempatan itu juga katanya, beliau mendoakan kesihatan segera kepada Prabowo yang baru sahaja menjalani pembedahan baru-baru ini.

“Turut mendoakan agar Prabowo diberikan rawatan baik dan penjagaan rapi sepanjang tempoh pemulihan selain diberikan kesembuhan segera untuk bingkas kembali melaksanakan tanggungjawab diamanahkan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button