SUKANBERITA SEMASA

Copa America 2024: Argentina hempas pulas tewaskan Chile

NEW YORK – Argentina berhempas pulas untuk menundukkan Chile pada perlawanan kedua peringkat kumpulan Copa America 2024 dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium MetLife sebentar tadi.

Di hadapan lebih 81,000 penyokong yang hadir, Argentina meraih kemenangan kedua mereka dengan menewaskan Chile 1-0 melalui jaringan lewat oleh Lautaro Martinez.

Perlawanan yang dimainkan oleh Argentina dan Chile dihidangkan penuh dengan emosi, drama, permainan fizikal dan kotor serta banyak insiden menarik antara kedua-dua pasukan.

Namun Juara Piala Dunia 2022 itu berjaya mengharunginya, seperti kebiasaan mereka lakukan dalam perlawanan lepas.

Gelaran wira diberikan kepada pemain penyerang, Lautaro Martinez yang masuk sebagai pemain gantian untuk menyelamatkan Argentina.

Hasil lantunan daripada sepakan sudut tiba kepada pemain Inter Milan itu tidak disiakan untuknya yang pantas merembat ke dalam gawang gol Chile.

Argentina mara ke peringkat kalah mati susulan daripada kemenangan tersebut.

Perlawanan seterusnya mereka akan menentang Peru dalam peringkat akhir kumpulan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button