SUKANBERITA SEMASA

Selangor FC dihukum tolak 3 mata, denda RM100,000

KUALA LUMPUR – Pasukan Liga Super, Selangor FC akan dihukum oleh Malaysian Football League (MFL) berhubung ketidakhadiran ke Perlawanan Sumbangsih dan aksi pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei lalu.

Dalam kenyataannya, keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL), yang telah meneliti semua aspek daripada kes tersebut.

“Ahli Lembaga Pengarah yang hadir mesyuarat sebulat suara membuat keputusan untuk mengenakan denda sebanyak RM100,000 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak oleh MFL,” katanya dalam kenyataan di laman sosial MFL hari ini.

Jelasnya, Selangor FC juga dikehendaki membayar pampasan atas kerugian yang ditanggung oleh pasukan tuan rumah JDT dan MFL.

“Di mana MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya,” katanya.

Katanya, MFL juga akan memotong tiga mata yang dikumpul oleh Selangor FC dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.

Dalam pada itu ujarnya, perlawanan Liga Super pada minggu ke-14 yang melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton.

“Operasi perlawanan ini dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan,” jelasnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button