BERITA SEMASA

KPN perkenal Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium

 

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) yang merupakan satu program pendidikan muzium berstruktur.

KPN dalam satu kenyataan berkata, IPIM yang dibuka semula pada 14 Jun lalu merupakan program pendidikan secara formal dan tidak formal (pendidikan muzium) yang menggunakan pendekatan ‘hands on’ terhadap koleksi muzium sebagai sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pedagogi.

Menurut kenyataan itu, inisiatif itu menggunakan Rancangan Pendidikan Muzium berdasarkan koleksi (artifak) yang dirangka khusus mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah serta Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mata pelajaran Sejarah.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program tersebut diharap dapat memupuk pemahaman dan kesedaran golongan muda terutamanya pelajar sekolah terhadap kepelbagaian warisan sejarah dan budaya yang perlu dihargai dan dipertahankan sebagai identiti nasional yang diwarisi bersama.

Beliau juga berkata, para guru wajar menjadikan institusi muzium sebagai sistem sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid.

“Pihak sekolah atau guru yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat permohonan melalui pautan http://ipim.jmm.gov.my/formpermohonan-ipim.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia Unit Pendidikan Muzium di talian 03-2267 1000 samb. 166,” menurut kenyataan itu hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button