Berita SemasaPM X

Status kerusi kosong Bersatu diserah kepada Speaker Dewan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan kekosongan kerusi bagi enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

“Soal enam kerusi (Ahli Parlimen) Bersatu itu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat.Biarlah Speaker yang putuskan,” katanya ketika selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di Shah Alam, Selangor hari ini, lapor Bernama.

Bersatu pada awal bulan mengisytiharkan lima ahli Parlimen dan seorang ADUN dari Selangor tidak lagi menjadi ahli parti selepas gagal menjawab surat yang memerlukan mereka berikrar taat setia kepada parti.

Kelmarin, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengumumkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri yang disandang oleh Mohd Azizi Abu Naim selepas gagal membuktikan ikrar taat setia kepada parti sebelum 31 Mei lalu.

Sebelum ini Bersatu mengeluarkan notis pengosongan bagi kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan sudah diterima oleh pejabat Speaker.

Mereka ialah Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal (Ahli Parlimen Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) dan ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari.

Perlembagaan Bersatu yang dipinda menyatakan ahli parti secara automatik akan berhenti menjadi ahli jika mereka menentang keputusan parti dengan tindakan itu turut menyebabkan wakil rakyat terbabit mesti mengosongkan kerusi mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button